Monday, 3 December 2012

SENARAI UNIVERSITI DI MALAYSIA


Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia. 45 Pusat Pengajian Disenaraikan!!

by STAFF BERITA SEMASA on MARCH 15, 2012
Senarai Universiti Terbaik Malaysia Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia. 45 Pusat Pengajian Disenaraikan!!
Senarai ranking universiti khas di Malaysia telahpun dikeluarkan. Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti. Kebanyakannya hebat-hebat belaka. 
Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?
“masyarakat pakar dan pengkaji”
Senarai Universiti Malaysia Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia. 45 Pusat Pengajian Disenaraikan!!Semoga senarai ranking universiti di Malaysia kali ini menjadi panduan untuk kalangan anda untuk membuat pilihan di mana halatuju dan destinasi pembelajaran selepas ini. Rasanya ramai diantara anda (pembaca Berita Semasa) juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tidak lama lagi. Tetapi persoalannya di mana?
Jadi, sedikit sebanyak, anda dapat mengetahui mengenai kedudukan universiti yang anda bakal menjadi tempat pembelajaran anda selama 3 atau 5 tahun seterusnya selepas ini.
Senarai ranking universiti di Malaysia ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik. Antaranya ialah Size, Visibility, Research papers & Scholars.

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia

  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. 891 Multimedia Universiti (MMU)
  8. 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  10. 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  11. 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  15. 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  17. 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  21. 2922 Open University Malaysia (OUM)
  22. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
  23. 4083 International Medical University
  24. 4232 Taylor’s University College
  25. 4481 Tunku Abdul Rahman College
  26. 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
  27. 4644 University of Nottingham Malaysia
  28. 4852 UCSI University
  29. 4977 Monash University Malaysia
  30. 5012 Malaysia Theological Seminary
  31. 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. 5931 Universiti Industri Selangor
  34. 6045 Selangor International Islamic University College
  35. 6075 Al Madinah International University
  36. 6163 Wawasan Open University
  37. 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  38. 6482 KDU College
  39. 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  40. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
  41. 6978 Help University College
  42. 7018 Sunway University College
  43. 7031 INSANIAH University College
  44. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  45. 7361 Segi College
  46. 8058 Malaysian Institute of Management
Sumber : webometrics
Walau dimanapun kedudukan ranking universiti anda, apa yang penting di sini, adalah ilmu & pengalaman selama tempoh anda berada di universiti. Ya…..ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor. Tetapi bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari, itu ada lebih penting sebenarnya.
P/S : Semoga senarai ranking universiti yang dikeluarkan ini menjadi satu motivasi kepada semua pusat pengajian supaya bangkit dan keluar untuk terus bersaing dengan kelompok elit universiti di peringkat Asia mahupun dunia.
P/S : Apa pendapat anda sebagai pendidik di mana-mana pusat pengajian dengan senaraian ini?

Wednesday, 15 August 2012

Kisah Sedih) Ibu Anda Tiada Penganti

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday, 4 August 2012

kawan-kawan

hai aii semua buat pasal kawan-2 aku pun nk buat laa ,hahaha

shafiq zaini-
budak gemok ni lahir pada 13.11 .1993 ,kat Telok Anson
aku kenal dari sekolah rendah lagi ,
dia ni baik ,pandai ,tak kedekut ilmu  ,selalu bagi nasihat berguna kat aku ,berguna laa sangat XD
da ni da ad capital F
dia panggil F tuhh MY HAWA
sweet sangat jellyy aku nyah haha
hope kekal sampai anak cucu
dapat aku makan nasi minyak free ,tpi jangan ada daging haha

farid norman
dye ni budak hot a.k.a ketua pengawas paling jambu abad ni
ni pun aku knal dari sekolah rendah
dia ni dulu playboy tapi da retired
yelaa semenjak ade husna lala ,haha
dkt saujana ni ada yang suka dia ,ade yang tak
normal laa tuhh tak semua suka kita kan
ade pape masalah mesti cerita kat aku ,
dye ni copycatters bak kata aku dgn shafik ,asal kita orang buat lawak je
mst dye tiru ,pehh baran siott

Athirah a.k.a tiyott
dye ni mcm selalu bising dalam kelas
onl fb sebab dua benda infinity downline dgn bli baju
dye selalu membebel suruh aku belajar
sampai bagi aku pinjam nota ekonomi semata-mata nak suruh ak belajar
terima kasihh

Teah
top student form6
aku pun tak tahu bila dia belajar
memanjang onl fb
yela bf dok mesir kan
untung laa
jadi laman sosial  is the only way to stay connected
takkan nak call pulak meraung topup weyy ,
teah ni pun selalu nasihat aku belajar
n dye pun selalu ajar aku jugak terutama ekonomi|


dahh tu je laa dulu ,jari aku kalau boleh bercakap ,da megadu lenguh da ,dah guna lappy mail ,lappy aku bateri abiss pulak ,ciss

Tuesday, 31 July 2012

Hope you will be mine one day

Hai dah lama tak tulis kan-2 ,haha ,harini nak cerita pasal K ,first chat dgn kau tengah malam masa tuhh pkul 12.00 malam kot ,da laa esok sekolah lols ,sampai pkul satu pagi bru abis chat ,balasanya pkul 6.45 bru bgn ,haha lewat gila ,after 2 weeks kot aku chat dgn kau lagi tapi masa tu petang ,aku gedik-2 mintak no kau ,kau pun bagi .Aku rasa seronok sangat hee ,kat sekola aku cuba tegor-2 kau ,Al-maklumlah aku kan gedik ! XD ,kau balas biasa-2 je ,aku selalu call kau ,suara kau comel sangat ,haha ,jarang aku call perempuan lama-2 ,hee ,betul-2 mengada laa aku ni ,kau selalu takde topup tapi aku tak kisah ,aku bole call kau selalu ,hee ,kau pun da deactivate fb perghh rindu gilaa kat kau ,takpe aku akan selalu call kau ,sebab aku rindu kat kau hee ,Hope you will be mine K ,byee salam

Sunday, 29 July 2012

Puasa ,Muet ,Stpm ,Raya and Im sorry

Assalamualaikum ,diam tak diam dah nak 10 hari kita berpuasa tak lama lagi nak raya ,Yeayyy!! tak lama lagi pun nak pra percubaan STPM ,gudluck student form6 smk Bukit Saujana sesi 2011/2012 ,Sabtu hari tu  kiteorang amek muet ,farid ,shafiq ,tiqa ,pyqa ,tiyot ,zati khai ,ana ,awal,gudluck semua k ,lets make teacher Aleen proud ,

 Hurmm ,buat korang plak ,Im sorry kalau aku tertuduh korang pasal buku tuhh ,seriusly mmg takde niat nak tuduh pun , lagipun mase tuhh korang mmg yg ade kat situ ,SAYA MINTA MAAF ,aku buat semua tuhh bukan sebab dendam ke ape ke ,tpi sebab nak backup kawan aku da lets bygone be bygone ,aku tahu korang pun kutuk aku kat t****** tapi aku buat tak tahu sebab mmg salah aku pun aku tak kisah ,korang nak suruh aku blah ,mmg aku nak blah pun ,tak payah halau pun aku tahu pergi sendiri ,k  thats all ,bye

Saturday, 21 July 2012

macam-macam




Salam ,oitt hari ni dah dua hari aku berpuasa ,mcm-2 berlaku masa puasa ni ,adik aku atul masuk hospital sebab kena jangkitan kuman pada paru-paru ,tapi sekarang dah oke lega laa sikit kan ,dah 4 hari kot dye dduk hospital ,tiap kali aku datang jenguk ,nak balik-2 ,tiap kali call cakap nk balik,nak balik ,dan sekarang dye pun dah ade kat rmh ,badan dye pun da susut da ,takpe-2 pasni abg blikan adik makanan bnyk-2 k
haha ,N pasal puasa ni jugak aku nak sentuh sikit laa pasal kutuk-2 haih ,tak cukup lg ke korang ni ,asyik laa mengumpat orang ,pastu ckp org tu mcm ni laa ,mcm tu laa ,takde yg sempurna dalam dunia ni ,korang tu sempurna sangat ke adoii-2 ,mmg laa korang semua tu lawa ,yeaahh aku admit ,tpi tu bukan pasport utk kau kutuk org kan ,lagi satu kalau lawa tapi hati busuk tak guna jugak kan ,haihh nk raya nnt korang mmg kena buat list panjang-2 mintak maaf kat semua orang yg kau pernah kutuk

Friday, 13 July 2012

this is my territory XD

pertama kali aku tulis blog  ,haha aku pun tak tahu nak tulis ape ,let me tell this straight ,aku amirul ,19 teen ,pd ,smkbs my school ,6.10.93 my birthday ,n this is my story ,sepanjang tujuh bulan ni da macam-2 aku tempuh ,haha ,ade yang pahit ade yang manis ,bia laa yang buruk menjadi pengajaran ,yg baik jdikan kenangan ,daa tuhh je ,nnt aku akan cerite pasal few person that make me changed n my trip to sabah last month ,see you,later bye Assalamualaikum